Wednesday, August 19, 2009

Budi Bahasa Budaya Kita

Budi Bahasa tu Budaya kita ke? Setiap hari dengar kat tv lah, radio, kempen lagi.Tapi berbudi bahasa ke kita ni? Nak dijadikan kisah, lepas balik tengok preview Cik Siti Wan Kembiang bak kata Siu and then tengok plak teater 10 minit Syali, ' Waiting for Godot too' , pergi lah makan di stable. Makanan plak lambat dan tak sedar plak masa berlalu dengan cepatnya. Sedar-sedar baru masuk pkul 12. Berlalu aku dan sahabatku menuju ke pintu depan kolej puncak perdana. Actually, before balik aku dah ada instinct dah macam ada benda nak berlaku, sahabat aku ni pun dah ajak memanjat pagar. But because of my sincerity and aku tau aku bersalah and people do make mistake so aku wat selamber pergi depan pagar Pak Guard. As a student yang jauh lebih muda, dengan respeknya aku pun berkata..

me : Pak Cik ( dengan senyum dan suara yang lembut), kami mintak maaf
sebab balik lambat..hehehehe..
Pak Guard 1 : (merenung dengan muka yang garang)

Pak Guard tu diam dengan lamanya dan buat dek je ngan kitorang.Akhirnya die pun bersuara..

Pak Guard 1 : Ko duduklah kat luar tu ha!!Tak payah masuk!!!Ko kan suke duduk kat luar tu.
( bercakap dengan nada yang sangat kasar dan menyakitkan hati)

Aku bersabar, lalu berkata lagi..

me : Alah Pak Cik...janganlah macam tu..kalau ape-ape jadi kat kami...
itu tanggungjawab Pak Cik tau..
Pak Guard 1 : Apahal tanggungjawab aku pulak!!!ko tak payah masuk ke pergilah
mana-mana yang ko suka. Ko suka kan!!ko pergi!pergi!

Aku mulai hilang sabar....

me : Asal plak..ok fine..tak nak bukak fine..( lalu mengajak sahabatku pergi dari situ)

Sahabatku ni, bersabar la plak dengan Pak Guard tu lalu menunggu depan pintu tu buat masa yang agak lama. Time tu kawasan sekeliling dah sunyi dah. Adakah patut Pak Guard yang di beri amanah untuk menjaga pelajar-pelajar buat macam tu kat dua orang pelajar perempuan. Selepas masa yang agak lama Pak Guard tu pun bukaklah pintu pagar lalu berkata..

Pak Guard 1 : Bak sini kad matriks ko!!!
me : Nape nak amek kad matriks plak?

Sebabnya..sebelum ni..siapa yang balik lambat hanya tulis nama atas borang kat pondok Pak Guard tu. Yang hairannya kat borang putih tu kosong je..takde satu name pu sedangkan ada ramai pelajar yang balik lambat sebelum kitorang.

Pak Guard 1 : Aku nak tengok je!Bukan nak ambek!!!
me : Pak Cik..kalau pak cik nak tulis nama..tulislah..tapi kad saya tu bagi balik
ye..saya ada banyak lagi benda lain nak buat kat kad saya..

Sambil die menulis nama kitorang, die membebel dengan kurang hajarnya..dengan ayat yang sangat menusuk hati....

Pak Guard 1 : Dah korang tak payah lah duduk kat sini!!!ada ramai lagi manusia nak duduk
kat sini!!Dah balik lambat banyak songeh plak!!Korang balik lambat
ni apahal??
me : Pak cik, tadi belakang ada show...pas tu perut kami ni lapar..jadi pergilah
makan. Makanan lambatlah plak. Ok..Pak Cik kami minta maaf....
Tadi saya dah cakap kat pak cik kami mintak maaf...

belum habis aku cakap dye dah potong..

Pak Guard 1 : Itu hal kau!!Aku tak dapat surat cakap ada show ke ape ke..korang dah balik
lambat!
me : Itulah saya cakap kat pak cik..kami tahu kami ni salah...
( dengan nada memerli ) Itulah kami dah cakap tadi kami mintak maaf..Pak
cik kami mintak maaf sebab balik lambat..kami minta maaf..kami mintak
maaf sangat-sangat. Ok..kalau pak cik tengok dalam buku lambat balik tu, ni first time kami balik lambat macam ni. So kami mintak maaf sangat-
sangat...

Banyak kali aku cakap mintak maaf kat Pak Guard tu...

Pak Guard 2 : Ko ingat tempat ni hotel ke!!!?Sukahati ko nak keluar masuk balik lambat-
lambat??
me : Itulah saya cakap tadi pak cik! Saya mintak maaf..memang saya bersalah.
Sahabat : Kenapa hari itu ada orang balik pukul 3 pagi! Perempuan semua, pak cik tak
tahan??Boleh je diorang masuk siap takde tulis name pun??
Pak Guard 1 : Siapa!!!ko bagi nama tu kat aku!!kad matriks diorang!!!

Namun apabila sahabat aku sebut nama hamba Allah tu, Pak Guard tu wat bodoh je..die membebel tak sudah pulak..

Pak Guard 1 : Mintak nombor bilik ko!Aku dah dapat nama korang dah!
Pak Guard tu pun bagilah balik kad matriks kat kitorang.
me : Terima kasihlah ye...

Aku ngan sahabat ni pun berjalan balik dengan hati yang sakit. Tibe-tibe bila kitorang pandang balik pondok guard tu, ada seorang perempuan dan lelaki keluar dari kolej. Yang bengangnye boleh plak keluar sesuka hati..Tak perlu tulis nama plak tu!!Mana profesionalism dan etika diorang sebagai seorang Pak Guard. Aku yakin orang lain semua setuju ngan aku dan pernah melalui pengalaman yang sama. Kenapa harus bercakap dengan kasar??Itu ke budi bahasa??
Aku dah mengaku aku salah..aku siap cakap baik-baik aku mintak maaf tapi bukan main kasar dan kurang ajar layanan diorang..Bukan pelajar je, pensyarah pun pernah kena ngan Pak Guard ni. Sampai mak bapak aku pun pernah kene maki ngan Pak Guard sampai bapak aku naik hangin...haih..
Tujuan aku menulis ni sebagai satu luahan kebengangan aku dengan manusia-manusia yang kononnya berkempen budi bahasa tapi hakikatnya...berbudi bahasa ke kite???

No comments:

Post a Comment